
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2024 – BJAK Sdn Bhd, platform insurans digital terkemuka Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran program RM150 Juta Cukai Jalan Percuma. Inisiatif perintis ini dijangka akan mengubah cara rakyat memperbaharui cukai jalan di Malaysia, memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memperbaharui cukai jalan bagi kereta dan motorsikal mereka secara percuma, disokong dengan dana yang besar iaitu RM150 juta bagi memastikan kejayaan program itu.
Sejak penubuhannya, BJAK sering berada di barisan hadapan dalam inovasi digital bagi industri automotif. Dengan jutaan transaksi yang telah disempurnakan, BJAK telah membina reputasinya sebagai pemberi perkhidmatan yang boleh dipercayai dan efisien.
Janji untuk memberikan subsidi sebanyak RM150 juta kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan mereka di platform BJAK telah bermula sejak Mac 2024. Ini merupakan satu langkah yang besar dalam misi syarikat dalam memacu penggunaan digital dan menyelaraskan proses pentadbiran untuk rakyat Malaysia. Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 6 juta pengguna di seluruh Malaysia, memberikan kepada mereka kemudahan yang tiada tandingan dan kebolehcapaian dalam memenuhi tanggungjawab memperbaharui cukai jalan mereka.
“Kami sangat berbesar hati untuk menawarkan kepada semua rakyat Malaysia peluang untuk memperbaharui cukai jalan mereka secara percuma melalui program ini. Sebagai sebuah syarikat yang dipacu teknologi, kami komited dalam mempercepatkan pendigitalan Malaysia dan inisiatif ini sejajar dengan visi kami,”ujar Mandy Foong, Naib Presiden Pemasaran BJAK. “Pelaburan yang besar ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunapakai penyelesaian secara digital bagi pembaharuan cukai jalan mereka, mengakses segala faedah dalam pendigitalan dengan mudah, pelbagai pilihan dan senang.”
Program ini bukan sahaja selari dengan usaha pendigitalan MyRoadTax oleh kerajaan tetapi turut mendukung agenda Malaysia yang lebih meluas dalam transfomasi digital. Dengan mempromosikan pembaharuan secara dalam talian, BJAK turut menyasarkan pengurangan keperluan untuk pergi ke pusat-pusat pembaharuan secara fizikal sekaligus mengurangkan jumlah barisan dan meningkatkan kecekapan secara keseluruhan.
Sebagai tambahan kepada tawaran pembaharuan secara percuma, BJAK juga menangani beban kewangan pemilik kenderaan dengan menyediakan pelan bayaran ansuran bagi pembaharuan insurans. Pelan ini membolehkan pelanggan mengagihkan bayaran sehingga 12 bulan, menjadikan proses tersebut lebih mudah diakses dan diuruskan oleh semua orang.
Lebih-lebih lagi, kempen ini merupakan bukti kepada komitmen BJAK terhadap kelestarian alam sekitar. Dengan mengurangkan kebergantungan terhadap transaksi berasaskan kertas dan perjalanan secara fizikal, inisiatif ini akan menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau dan mampan.
Selaras dengan desakan pendigitalan negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem cukai jalan digital yang membolehkan pemilik kenderaan untuk berkongsi e-LKM (Lesen Kenderaan Motor Digital) dengan pemandu lain melalui aplikasi MyJPJ. Inisiatif ini memudahkan lagi proses buat pemilik kenderaan dan selari dengan visi kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ. Untuk maklumat lanjut mengenai sistem cukai jalan dan lesen digital, layari News Straits Times.
Rakyat Malaysia digesa untuk merebut peluang ini dalam menerima inovasi digital dan menikmati kemudahan dalam membaharui cukai jalan. Program RM150 juta Cukai Jalan Percuma bukan sahaja bertujuan untuk menjimatkan wang tetapi satu usaha untuk bergerak maju ke arah masa hadapan yang lebih digital dan efisien.
Sebagai sebahagan daripada kempen, BJAK akan menggunapakai teknik gamifikasi dalam meningkatkan penglibatan pengguna dan memastikan semua memperoleh pengalaman yang menguntungkan. Melalui teknologi terkini, BJAK bersedia untuk merevolusikan proses pembaharuan insurans dan cukai jalan dan menetapkan penanda aras terbaharu dalam perkhimatan digital di Malaysia.
Layari laman sesawang kami di BJAK.com untuk maklumat lanjut.


