BJAK Menyatakan Sedang Bekerjasama Dengan JPJ Untuk Mencari Jalan Penyelesaian

TechnologyDigital
6 May 2024 • 6:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

JPJ pada hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan yang mana BJAK tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada pihak JPJ dalam menjalankan urus niaga pembaharuan cukai jalan. Pihak JPJ dilihat mengeluarkan kenyataan ini selepas BJAK didapati menggunakan perkataan promosi menyatakan perkhidmatan mereka “diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ”.

image is not available

Lanjutan daripadanya, kini BJAK mengeluarkan komen rasmi, menyatakan mereka mengambil maklum perkara berkenaan, dan sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa dalam mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak, dan juga pengguna.

Di samping itu, BJAK menekankan yang mana perkhidmatan utama mereka adalah penawaran insuran dan perbandingan untuk insuran – sementara pembaharuan cukai jalan hanya ditawarkan sebagai pilihan kepada pelanggan.