BKKA penjawat awam Terengganu dibiaya kerajaan MADANI, netizen tanya negeri pula beri berapa?

LocalPolitics
25 Mar 2025 • 10:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri atau BKKA penjawat awam Terengganu yang diumumkan telah menjadi topik perbualan di media sosial susulan dibiayai oleh kerajaan pusat, berbeza dengan negeri-negeri lain yang dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri masing-masing.

image is not available

BKKA penjawat awam Terengganu sebanyak RM500 seorang

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kerajaan MADANI bersetuju untuk membiayai BKKA di Terengganu sebanyak RM500 setiap seorang dan memberi manfaat kepada 14,000 penjawat awam.

“BKKA sebanyak RM500 ini akan memanfaatkan lebih 14,000 penjawat awam Negeri Terengganu dan akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran,”

Kerajaan negeri pula beri BKKA penjawat awam Terengganu berapa?

Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila menjadi persoalan sesetengah netizen di media sosial memandangkan BKKA kerajaan negeri berkenan dibiayai oleh kerajaan pusat dan bukannya kerajaan negeri seperti beberapa negeri lain.

Hal berkenaan dapat dilihat sendiri menerusi ruangan komen dari Bernama apabila masing-masing bertanyakan pula berapa jumlah BKKA yang diberikan kerajaan negeri kepada penjawat awam mereka.

image is not available

Kutuk hari-hari tapi dapat dari kerajaan pusat

image is not available

Menang sorak jela

image is not available

Dalam ceramah bukan main sembang

image is not available

 

Sekadar info, kerajaan MADANI bersetuju membiayai BKKA sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa langkah bereknaan dibuat susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu pada 21 Mac lalu.

Sumber: Facebook Bernama