Black Panther Baharu Adalah Seorang Wanita? Spekulasi Ini Tarik Perhatian Ramai

4 Oct 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Trailer filem adiwira terbaharu terbitan Marvel Studios iaitu Black Panther 2 : Wakanda Forever telah pun dilancarkan semalam.

Umum mengetahui bahawa pelakon asal yang membawakan watak Black Panther iaitu Chadwick Boseman telah meninggal dunia pada tahun 2020 akibat kanser.

Namun sehingga kini, pihak Marvel belum pernah menguar-uarkan siapa yang akan mengambil tugas mendiang Chadwick untuk menyarung sut Black Panther tersebut. 

Berdasarkan trailer yang baru sahaja dilancarkan, sosok  Black Panther nampaknya seperti digalas seorang pelakon wanita, namun wajahnya tidak didedahkan.

Disebabkan kemunculan trailer itu, ramai yang mula meneka-neka ‘siapakah’ pelakon misteri di sebalik sut Black Panther itu. 

Ada yang mengatakan ia adalah Shuri (adik kepada T’challa lakonan Letitia Wright) ataupun Nakia (kekasih kepada T’challa lakonan Lupita Nyong’o). 

image is not available
Gambar Marvel Studios

Apapun, Wakanda Forever yang diarahkan Ryan Coogler bakal ditayangkan secara rasmi di seluruh dunia pada 11 November 2022 ini. - Getaran, 4 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved