BLACKPINK 'mendarat' di Starbucks saji minuman, koleksi aksesori edisi terhad mulai 25 Julai

20 Jul 2023 • 6:03 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BLACKPINK 'mendarat' di Starbucks saji minuman, koleksi aksesori edisi terhad mulai 25 Julai

diyana

20/07/2023 - 18:03

KUALA LUMPUR 20 Julai - Starbucks dan kumpulan gadis K-pop, BLACKPINK berganding menyajikan pengalaman baharu untuk BLINKs dengan menyajikan Frappuccino dan koleksi aksesori edisi terhad di cawangan terpilih Malaysia mulai 25 Julai.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Starbucks berkata pelanggan boleh mendapati koleksi barang edisi terhad termasuk beg jinjing boleh guna semula, tikar yoga, pemegang pasport dan rantai kunci bermula daripada RM108 ke atas.

Buat pertama kalinya, pelanggan boleh merasai minuman digemari ramai, Frappuccino® Strawberry Choco Cream BLACKPINK baharu berharga daripada RM20.50.

image is not available

Mengingati suasana bergaya dan edgy album terbaharu BLACKPINK Born Pink, minuman berwarna hitam dan merah jambu menggabungkan sirap strawberi dan sos coklat gelap dengan susu oat dan coklat keriting yang sedap, dihiasi dengan krim putar merah jambu muda dan coklat berbentuk hati.

Koleksi BLACKPINK + STARBUCKS® ini terdiri daripada 11 jenis peralatan minuman dan enam aksesori gaya hidup yang menampilkan palet warna merah jambu dan hitam serta motif grafiti funky.

Pelanggan boleh memilih daripada rangkaian ikonik cawan, mug dan gelas Starbucks yang boleh diguna semula dalam warna BLACKPINK, dihiasi dengan lukisan atau bertatahkan rhinestones menarik yang menambahkan kilauan.

image is not available

Direka bentuk sebagai perkakasan boleh guna semula, koleksi ini menggalakkan peminat menggunakan bahan boleh guna semula dan kepada BYOC (bawa cawan anda sendiri).

Ahli Starbucks Rewards dapat merasai minuman tersebut lebih awal pada 23 Julai dan berpeluang mendapatkan koleksi BLACKPINK + STARBUCKS® secara eksklusif dengan pra-jualan dibuka pada 21 Julai untuk 190 pelanggan pertama.

Selain daripada kerjasama ini, Starbucks turut menyajikan pelanggan dengan tiga minuman terbaharu iaitu Almond Butter Coffee Frappuccino®, Almond White Chocolate Cream Frappuccino®, Starbucks Almond Cream Cold Brew®.

Sebagai peralihan ke musim gugur, Starbucks turut memperkenalkan koleksi barangan Starbucks Summer Field dan Beach Day Starbucks Card.

image is not available

Starbucks Voyage Blend kembali dengan campuran tiga kopi, menggabungkan bauan nektar limau gedang dengan aroma hazelnut panggang serta perisa seperti madu, sitrus dan buah tin yang memberikan dimensi tambahan.

Maklumat lanjut mengenai BLACKPINK+STARBUCKS boleh dilayari di www.starbucks.com.my. - DagangNews.com