Terdapat banyak gimik digunakan untuk menjual permainan video. Blizzard kini memulakan kempen menderma darah sempena musim kedua Diablo IV. Sekiranya pemain berjaya menderma 666 kuart darah di Amerika Syarikat, mereka berpeluang menerima sebuah PC gaming yang menurut Blizzard mempunyai darah manusia.

PC ini mempunyai spesifikasi Intel Core-i9, NVIDIA GeForce RTX 4090, RAM 64GB DDR6 , storan 3TB SSD dan sistem penyejukan cecair EK-Quantum Vector. Tidak diketahui di mana darah manusia akan digunakan pada PC ini kelak. Bagi menarik perhatian pemain Diablo IV, Blizzard akan memberikan pelbagai alatan kosmetik untuk watak di dalam permainan sekiranya darah berjaya mencapai 33% dan 66% sasaran kutipan darah. Antara yang ditawarkan ialah tunggangan dan set baju zirah.
Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh pemain di Amerika Syarikat berusia 18 tahun dan keatas. Sambil cuba memenangi hadiah menarik, pemain Diablo IV boleh menderma darah kepada mereka yang memerlukan dalam situasi kecemasan.
- Sumber
- Blizzard
