Blok kertas terpakai kurangkan kos pengusaha batik

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Blok kertas terpakai kurangkan kos pengusaha batik

BESUT: Bahan yang sering dianggap tidak bernilai diberi nafas baharu apabila seorang usa­hawan muda dari Kampung Raja di sini, menginovasikan kertas terpakai menjadi blok batik bagi me­ngurangkan kos pengeluaran pengusaha.

Ahmad Taqiuddin Muhammad, 31, berkata, inovasi itu dibangunkan selepas lima tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan blok batik yang lebih murah, mudah dibuat dan mampu memenuhi keperluan pengusaha batik.

Katanya, pengalaman kira-kira 10 tahun dalam pembuatan blok dan lukisan batik membantunya melakukan pel­bagai eksperimen dalam meng­hasilkan blok kertas ber­kenaan.

“Penggunaan kertas sebagai bahan utama bukan sahaja mengurangkan kos pembuatan, malah memudahkan proses menghasilkan blok berbanding kaedah konvensional yang memerlukan peralatan serta bahan khusus.

“Pada awalnya saya menggunakan kotak tetapi hasilnya kurang cantik. Selepas beberapa kali percubaan, saya berjaya menghasilkan blok menggunakan kertas sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Taqiuddin berkata, proses menghasilkan blok kertas jauh lebih mudah berbanding blok besi yang memerlukan peralatan dan bahan khusus termasuk penggunaan api serta tembaga.

Jika blok besi mengambil masa dua hingga tiga hari untuk disiapkan, blok kertas pula boleh dihasilkan dalam tempoh kira-kira sejam, bergantung pada saiz dan kerumitan reka bentuk.

Katanya, kos yang rendah untuk menghasilkan satu blok kertas membolehkannya menawarkan produk pada harga lebih rendah kepada pengusaha batik.

“Dengan harga sebuah blok besi pengusaha boleh mendapatkan kira-kira empat blok kertas,” katanya. – UTUSAN

The post Blok kertas terpakai kurangkan kos pengusaha batik appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved