Blood Brothers: Bara Naga Pecah Panggung, Raih RM9.2 Juta 

LocalMovie
14 Apr 2025 • 6:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Blood Brothers: Bara Naga dibintangi barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Amelia Henderson

Filem aksi epik tempatan yang sarat dengan emosi dan ledakan visual, Blood Brothers: Bara Naga telah mencetuskan fenomena luar biasa di pawagam seluruh Malaysia! 

Diarahkan oleh gabungan dua nama besar dalam dunia pengarahan, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, karya kolaboratif ini bukan sahaja memukau penonton, malah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM9.2 juta hanya dalam masa dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal, bermula 8 April lalu. 

Blood Brothers: Bara Naga telah ditayangkan di 170 pawagam, menjadikannya antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan yang luar biasa. 

Antara negeri yang mencatat jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu. 

Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja membuktikan sambutan hangat penonton terhadap karya tempatan yang berkualiti, malah menjadi bukti bahawa gabungan naskhah penuh aksi, emosi dan nilai persaudaraan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 

image is not available

Blood Brothers: Bara Naga terus mencuri perhatian di seluruh platform media sosial dan mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat filem tempatan. 

Ramai yang memuji kualiti produksinya dan menyifatkan filem ini sebagai satu pencapaian yang menetapkan penanda aras baharu untuk filem aksi tempatan. 

Pelakon Fikry Ibrahim turut memberi ulasan positif dengan menganggap barisan pelakon berjaya menggalas watak masing-masing dengan baik.

“Saya tengok lakonan semua pelakon Blood Brothers sangat smooth dan seimbang. Masing-masing beri komitmen penuh dan berjaya hidupkan watak dengan begitu natural.

“Tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan juga penulis skrip. Gabungan Syukri, Sharnaaz, Syafiq, dan Kepeng memang cukup rempah. Hasilnya? Memang menjadi! Satu kejayaan yang wajar diberi pujian kepada seluruh pasukan produksi. Memang puas hati, langsung tak rasa rugi,” ulas Fikry.

Blood Brothers: Bara Naga Kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Blood Brothers: Bara Naga, ikuti filem ini di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios. - Getaran, 14 April 2025

Foto : Primeworks Studio

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved