Hanya sebulan selepas kami melaporkan bahawa Bluesky mempunyai 13 juta pengguna aktif di platform media sosial tersebut, mereka baru sahaja mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai 15 juta pengguna, tidak lama selepas Donald Trump menjadi Presiden ke-47 Amerika Syarikat.

Bluesky bermula sebagai sebuah platform media sosial yang dibuka oleh pengasas Twitter, Jack Dorsey selepas meninggalkannya, dan kini hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik, khususnya ialah penuras kandungan yang boleh dibangunkan dan digunakan dengan mudah oleh mana-mana pengguna.
Ia juga mempunyai ciri Block yang memastikan bahawa kandungan anda tidak boleh dilihat oleh pengguna yang dihalang. Seperti yang kami katakan sebelum ini juga, Bluesky juga mempunyai pelan untuk membangunkan model langganan yang akan memberi pengguna kebolehan untuk memuat-naik video dengan kualiti yang lebih tinggi, pengubahsuaian profil yang lebih mendalam dan sebagainya. Butiran mengenai model langganan seperti tanda harga tidak diketahui lagi, tetapi dijangka akan diumumkan apabila ia sedia untuk diperkenalkan.




