Bluesky Memperkenalkan Logo Baru – Perkhidmatan Sosial Alternatif Twitter

TechnologyDigital
23 Dec 2023 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bluesky merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang memposisikan diri sebagai alternatif kepada Twitter, dan menggunakan protokol AT yang memudahkan pengguna untuk membawa kandungan ke perkhidmatan lain secara mudah.

Sehingga ke hari ini, Bluesky masih kekal sebagai perkhidmatan yang boleh disertai dengan jemputan sahaja – dan belum dibuka kepada umum lagi.

image is not available

Namun, hari ini dalam usaha menjadikan ia lebih mesra pengguna, Bluesky memperkenalkan sebuah logo baharu, berbentuk rama-rama. Ini sekaligus menggantikan penggunaan logo awan, dan menjadikan ia sedikit menyerupai warna logo Twitter sebelum ini.

Dengan perkembangan baru ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya untuk Bluesky, dan bagaimana ia akan mula menarik perhatian ramai dalam menggunakannya selepas ini.