Selang hampir setahun, kini Bluesky mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana pelaburan berjumlah $100 juta dibawah Series B, pada April 2025 yang lepas. Ia tidak diketahui mengapa ia mengambil masa yang lama sebelum pengumuman ini dibuat.

Pelaburan baharu ini diterajui oleh Bain Capital Crypto, dan disertai sejumlah pelabur lain, termasuk Bloomberg Beta dan True Ventures. Pengumuman ini hadir selepas Bluesky baru-baru ini turut mengumumkan perubahan pada tampuk pengurusan perkhidmatan berkenaan.
Berkongsi lanjut, Bluesky menyatakan kini mereka mempunyai 48 juta pengguna, namun tidak menyatakan berapa ramaikah yang menggunakannya secara aktif. Bluesky menawarkan perkhidmatan perkongsian sosial lebih kurang seperti Threads dan Daun, memudahkan pengguna berkongsi pendapat dan komen dengan mudah. Ia juga diposisikan sebagai alternatif kepada X (dulunya Twitter), dengan komuniti lebih sihat.
Dengan dana pelaburan tinggi ini, mungkin kita akan melihat Bluesky terus aktif dalam pemasaran dan menarik lebih ramai pengguna ke platform mereka.



