
Sekitar 4.6 peratus rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas disahkan berdepan masalah kemurungan dan jumlah ini adalah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama pada 2019.
Dapatan membimbangkan ini membuatkan BMF The Aesthetics People (dahulunya dikenali sebagai Bella Marie France) dan Svenson, peneraju global dalam bidang trikologi, tampil mengubah naratif.
Zaman yang semakin moden menyebabkan manusia menjadi semakin sibuk, hingga akhirnya mengabaikan dan mengetepikan aspek kesejahteraan diri.

Justeru, BMF The Aesthetics People dan Svenson sepakat memperkenalkan kempen terbaharu, Still Me With More, iaitu seruan khas untuk orang ramai menjadikan penjagaan diri sebagai amalan penting setiap hari dan bukan lagi sekadar kemewahan.
Gerakan Penjagaan Diri Holistik
Kempen ini diwujudkan khas untuk masyarakat Malaysia masa kini khususnya individu yang perlu mengimbangi kerjaya, keluarga dan tuntutan sosial sambil mencari ketenangan jiwa.
Lebih daripada sekadar kempen kecantikan, ia mengingatkan bahawa keyakinan sebenar lahir apabila kecantikan, kesejahteraan dan keseimbangan dalaman berpadu.
Pelancaran Bermakna Di Intermark Mall
Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Still Me With More dilancarkan dalam satu majlis eksklusif di Intermark Mall yang turut menampilkan tiga personaliti hebat sebagai panel iaitu Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dan kaunselor bertauliah, Profesor Dr Azmawaty Mohamad Nor; pelakon dan Duta BMF sejak Jun 2025, Ezzanie Jasny dan cef selebriti yang juga usahawan serta Duta Svenson sejak Oktober 2024, Datuk Fazley Yaakob.

Pada pelancaran itu, ketiga-tiga individu hebat ini turut beberapa mengupas isu kritikal seperti mengurus tekanan hidup harian, menghapus stigma tentang kesejahteraan, serta menghayati falsafah Reset, Recharge, Recover demi gaya hidup lebih sihat, bahagia dan seimbang.
Perbualan Yang Menyentuh Hati
Membuka tirai dengan mesej utama iaitu kecantikan dan kesejahteraan mental saling berkait rapat, ia nyata satu perkongsian yang amat bermanfaat untuk semua tetamu.
Ketua Pegawai Eksekutif BMF The Aesthetics People, Amy Quek dalam ucapan pembukaan berkata, kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri.
“Walaupun kami berada dalam industri kecantikan dan kesejahteraan, tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati,” katanya.
Pendapat senada dikongsi Azmawaty yang berkata, stigma mengenai masalah mental masih wujud walaupun kesedaran berhubung kesihatan mental di Malaysia semakin meningkat.

Bagi menangani perkara itu, beliau menggalakkan masyarakat untuk lebih berempati dan terbuka dalam berbicara tentang kesejahteraan, serta mengamalkan langkah kecil harian seperti meditasi, menetapkan sempadan peribadi dan mengambil masa untuk berehat.
Sementara itu, Ezzanie Jasny mengakui bahawa tekanan daripada media sosial boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri, namun beliau memilih untuk mengekalkan keseimbangan dengan menjadi autentik dan bersyukur, serta mengamalkan rawatan penjagaan kulit BMF.
“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri,” katanya.
Fazley pula memberitahu, bukan mudah untuk memainkan peranan sebagai seorang bapa, cef dan usahawan secara serentak pada waktu yang sama.
Untuk itu, beliau memilih mengekalkan ketenangan dan fokus melalui Muay Thai, muzik dan 8-in-1 Stress Relief Therapy Svenson.
“Kesihatan mental bukan tanda kelemahan, tetapi perjalanan berterusan ke arah keseimbangan dan penambahbaikan diri,” tegasnya.
Duta Yang Menghidupkan Falsafah
Baik Fazley dan Ezzanie, kedua-dua mereka memilih mengamalkan falsafah kempen dengan menyatukan gaya hidup profesional dan peribadi melalui penjagaan diri yang konsisten:

• Ezzanie menggemari CFU Face Treatment BMF untuk mengekalkan seri wajah walaupun jadual penggambaran yang panjang.
• Fazley mengekalkan keseimbangan hidup dengan 8-in-1 Stress Relief Therapy Svenson sebagai pelengkap gaya hidup aktifnya.
Mengenai BMF & Svenson
Dengan lebih 40 tahun pengalaman di Malaysia, BMF telah menjadi nama dipercayai dalam bidang estetik, kulit, pelangsingan dan kesejahteraan, dengan menawarkan penjagaan peribadi berteknologi tinggi.
Sejak ditubuhkan pada 1956, Svenson telah menerajui dunia trikologi lebih 60 tahun, memperkenalkan penyelesaian rambut dan kulit kepala yang inovatif.
Kini, BMF x Svenson mempersembahkan penjagaan dari hujung rambut ke hujung kaki, menyatukan kecantikan, kesejahteraan dan inovasi di bawah satu bumbung.
Eksklusif: Siri Penjagaan Diri
Sempena pelancaran kempen ini, BMF x Svenson memperkenalkan program 8-Minggu Self-Care Edit, menampilkan rangkaian rawatan istimewa yang membantu pelanggan Reset, Recharge, Recover.
Dari terapi kulit dan badan hinggalah ke penjagaan rambut dan kulit kepala, siri ini menegaskan bahawa penjagaan diri bukanlah kemewahan, sebaliknya satu bentuk pemerkasaan.
Melalui Still Me With More, BMF x Svenson menegaskan misi mereka: untuk menginspirasi rakyat Malaysia menjaga diri, luar dan dalam sambil membuktikan bahawa apabila kesejahteraan dalaman bertemu kecantikan luaran, di situlah terlahirnya versi diri terbaik kita — Still Me, With More. - Getaran, 9 Oktober 2025
