BMW Buka 6 Stesen Pengecas EV Di KL, Putrajaya

LocalCars
21 Feb 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

BMW Group Malaysia telah membuka enam stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk makluman, terdapat empat kemudahan pengecas EV di Putrajaya, yang dibangunkan dengan kerjasama Gentari dan DC Handal.

Selain itu, dua lagi kemudahan pengecas turut didirikan di Jalan Ampang dan Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, dengan kerjasama ChargeEV dan ChargeSini.

Berikut adalah perinciannya:

image is not available

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel menyifatkan sebagai pengeluar EV premium di Malaysia, pihaknya cukup komited untuk menyokong Malaysia dalam usaha ke arah Masa Hadapan Mobiliti.

“Pembukaan kemudahan pengecas tambahan di Putrajaya dan Kuala Lumpur bukan sahaja meningkatkan kemudahan bagi pemilik EV di kawasan sibuk tetapi juga menyokong visi kami terhadap masa hadapan yang dipacu oleh teknologi berasaskan elektrik,” katanya.

image is not availableimage is not available

Setakat ini, BMW menyokong lebih daripada 2,020 rangkaian kemudahan pengecas di seluruh negara, bagi memastikan pemilik EV mempunyai akses kepada kemudahan pengecas yang mudah.

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian pengecas BMW Group Malaysia, layari: https://www.bmw.com.my/en/electric-cars/electric-car-charging/public-charging.html.