BMW CE 02: Skuter elektrik 15hp dengan jarak kembara 90km untuk tunggangan bandar

Cars
11 Jul 2023 • 9:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

BMW Motorrad dalam pasaran Eropah telah mengumumkan sebuah skuter elektrik baharu BMW CE 02. Ia adalah sekuel kepada CE 04 yang telahpun mereka lancarkan di Eropah 2 tahun lalu dan baru saja masuki Malaysia tak lama dulu pada harga sekitar RM60,000.

image is not available

Daripada helaian spesifikasi, CE 02 boleh dianggap sebagai versi lite kepada CE 04. Ia menampilkan fizikaliti yang lebih kompak supaya lebih lincah untuk penunggangan bandar.

Dengan rekaan hampir menyamai CE 04 dengan perbezaan aksesori plastik lebih kurang, anda boleh nampak rangka besi tubul yang menjadi tunjang kepada motorsikal ini. Tayarnya diampai oleh sistem fork telescopik di bahagian depan dan lengan pengampai tunggal di bahagian belakang.

image is not available

Betul-betul di bawah penunggang, BMW meletakkan motor elektrik yang menghasilkan 15hp, kira-kira separuh daripada angka yang dihasilkan CE 04. Daya kilas yang mampu dikeluarkannya ada 55Nm dan segala kuasa disalurkan kepada roda belakang melalaui sistem tali sawat getah, sama seperti saudara besar CE 04.

Kelajuan maksimum skuter ini dihadkan secara elektronik pada paras 95km/j.

image is not available

Motor ini mengambil tenaga daripada bateri berkapasiti 3.92kWh yang katanya boleh mengembara sejau 90km dengan satu bateri penuh. Apabila perlu dicas, ia mampu menerima kuasa pada paras 0.9kW ataupun 1.5kW sekiranya pembeli menaik taraf sistem pengecas.

Daripada segi sistem keselamatan, skuter ini menampilkan ABS tunggal di tayar hadapan disamping Automatic Stability Control (ACS), dan Recuperative Stability Control (RCS). Beratnya cuma 132kg dan sekiranya ia menyukarkan pengguna untuk keluar daripada petak parking, mode Reverse Assistant disediakan.

image is not available

Sewaktu meunggang, semua maklumat tunggangan disalurkan pada panel paparan 3.5" TFT. Ia jauh lebih keci lberbanding skrin CE 04. Makanya, ia tidak menyokong fungsi canggih seperti navigasi dan beberapa ciri lain.

Sumber: BWM