BMW M2 CS 2025 Didedahkan – Cecah 523 HP, 649 NM, Lebih Agresif

Cars
26 May 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

BMW mencuri tumpuan umum di Concorso d’Eleganza Villa d’Este dengan pengenalan model berprestasi tinggi terbarunya, BMW M2 CS 2025, versi paling berkuasa dalam barisan M2 setakat ini.

Lebih Kuasa, Lebih Ringan

image is not availableimage is not available

Portal automotif CarScoops melaporkan bahawa M2 CS 2025 diberikan ‘DNA’ klasik BMW CS dengan kuasa lebih tinggi dan badan lebih ringan.

Enjin 3.0 liter S58 turbo kembar enam silinder sebaris kini menghasilkan 523 hp, peningkatan sebanyak 50 hp berbanding M2 standard. Tork juga meningkat kepada 649 Nm, menjadikannya antara coupe pacuan roda belakang paling agresif di pasaran.

Namun begitu, tiada pilihan transmisi manual ditawarkan. M2 CS hanya hadir dengan sistem transmisi automatik lapan kelajuan ZF, sama seperti model standard.

Rekaan Lebih Agresif

image is not availableimage is not available

Secara visual, M2 CS tampil lebih ‘berotot’ dengan rekaan yang berbeza dari M2 biasa. Gril hadapan kini menampilkan rekaan palang tunggal mendatar menggantikan deretan palang (multiple slats) yang digunakan sebelum ini, diiringi oleh komponen ambilan udara bawah yang lebih besar dan splitter depan baharu yang runcing.

Spoiler ducktail ala model CSL turut dipasang, bersama penutup but belakang daripada gentian karbon bagi pengurangan berat.

image is not availableimage is not available

Dari tepi, dilihat model ini dipasangkan dengan rim aloi berwarna gangsa, ‘disarung’ tayar yang lebar. Sudut ini kelihatan menyerlah dengan kaliper brek M berwarna merah.

Kabin yang “Track-Focused”

image is not available

Ruang kabin untuk BMW M2 CS 2025 tampil lebih sporty dengan tempat duduk bucket yang lebih sporty dengan jahitan kontra dan logo CS yang disematkan pada pelbagai sudut kabin.

Walaupun direka dengan tumpuan terhadap kegunaan litar, M2 CS masih mengekalkan beberapa ciri keselesaan seperti paparan dwi-skrin, kawalan suhu dua zon dan sistem infotainmen sama seperti model biasa.

image is not availableimage is not available

Pelancaran global rasmi model generasi G87 ini dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2025. Menjelang ketibaan rasmi model ini, kita boleh menjangkakan lebih informasi akan didedahkan.

Ikuti perkembangan terkini dalam dunia automotif hanya di Carz.com.my.

View Original Article