Jika anda peminat siri Need For Speed, anda pasti kenal imej kereta di bawah. Ia adalah kenderaan milik pemain yang dirampas dalam Need For Speed : Most Wanted dengan misinya ialah untuk memenanginya semula. Sempena ulang tahun ke-30 siri Need For Speed, BMW M Motorsport telah membina BMW M3 GTR ini untuk tatapan peminat.

BMW M3 GTR ialah sebuah kenderaan sebenar yang berfungsi dan bukan sekadar kerangka olok-olok. Ia dilengkapi enjin P60B40 V8 yang menghasilkan 450 kuasa kuda, kokpit dengan kerangka perlumbaan, kit tubuh lebar, sayap belakang dan kemasan perak serta biru yang sama. Bagi peminat, BMW M3 GTR ini sedang dipamerkan di BMW Welt yang terletak di Munich bermula semalam.

Kepada yang tidak dapat melihatnya sendiri di Munich, anda boleh memuat turun kereta yang cukup ikonik ini di dalam kemas kini NFS Unbound Vol. 9: Lockdown bersama dengan motosikal BMW S1000RR.

