BMW Melancarkan Cermin Mata Pintar Untuk Penunggang Motosikal

TechnologyDigitalCars
10 Jul 2023 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BMW juga kini menjadi pengeluar cermin mata pintar selepas melancarkan ConnectedRide Smartglasses untuk penunggang motosikal. Cermin mata pintar ini ditambat kepada telefon pintar menggunakan bluetooth menerusi aplikasi BMW Motorrad Connected . Pada skrin terbina di mata kanan maklumat mengenai kelajuan, had kelajuan jalan yang sedang digunakan dan aplikasi GPS.

image is not available

Terdapat speaker terbina pada tangkai untuk mendengar muzik, melakukan panggilan telefon dan mendengar arahan GPS. Cermin mata ini direka khusus untuk pemilik motosikal BMW maka ia turut boleh dikawal menggunakan butang dan suis sedia ada pada bahagian pemegang.

image is not available

Ia ditawarkan dalam saiz L dan M dengan pilihan kaca mata hitam serta jernih. Terdapat penyesuai untuk pelapik hidung serta lensa tambahan untuk pengguna yang rabun. Pada waktu ini ConnectedRide Smartglasses hanya ditawarkan di Eropah pada harga 690 Euro (~RM3529)sepasang.