BMW Melancarkan Kereta Elektrik Dengan Kemampuan Kalis Peluru Dan Letupan

TechnologyDigitalCars
11 Aug 2023 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kereta-kereta yang digunakan oleh golongan VIP mempunyai ciri tambahan bagi memastikan penumpang terlindung daripada serangan. Rombongan kereta Perdana Menteri Malaysia misalnya akan mempunyai satu kereta khas yang mengganggu perkhidmatan selular serta radio untuk mengelakkan serangan menggunakan bom yang diletakkan dari jarak jauh.

image is not available

Semalam BMW i7 Protection telah diperlihatkan dengan ia merupakan kereta elektrik pertama keluaran BMW mempunyai kemampuan kalis peluru dan letupan. Ia adalah BMW i7 biasa yang melepasi piawaian VR9 yang dikeluarkan oleh Vereinigung der Prüfstellen für angriffshemmende Materialien und Konstruktionen (VPAM).

Kenderaan elektrik ini boleh menahan peluru anti perisai 7.62×54 R yang ditembak menggunakan raifal M14 dan FAL-FN. Dari segi ketahanan bom pula ia boleh beroperasi walaupun selepas diserang menggunakan bom tangan. Lapisan perisai khas diletakkan pada bahagian bumbung, pintu dan lapik lantai. Kaca cermin yang digunakan juga boleh menahan serangan yang dilakukan.

image is not available

Tayar 20″ yang digunakan pula adalah dari jenis Michelin PAX yang masih boleh digunakan walaupun pancit sepenuhnya pada kelajuan 80 km/j. Ciri tambahan lain ialah pintu bermotor untuk memudahkan ia dibuka, sistem pemadan api automatik, bekalan udara kecemasan dan tempat khas untuk meletakkan bendera.

image is not available

Kereta dilengkapi motor elektrik 544 kuasa kuda yang membolehkan ia bergerak pada kelajuan 160 km/j. Kerana tambahan berat perisai serta kaca kalis peluri, i7 Protection memerlukan masa 6 saat untuk memecut daripada 0-100 km/j.

BMW i7 Protection akan diperlihatkan kepada umum di acara IAA Mobility 2023 September depan dengan ia mula dijual pada Disember 2023. Harga tidak diumumkan setakat ini.

View Original Article