
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
BMW Motorrad Malaysia hari ini (28 Mei) mengumumkan harga rasmi bagi BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu.
Pertama kali diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2025, generasi terbaharu motosikal pengembaraan ikonik ini kini tersedia di semua pengedar sah BMW Motorrad di seluruh negara, dengan harga bermula daripada RM148,500.00.
BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu menandakan permulaan era baharu yang berani dalam legasi GS, direka untuk menawarkan prestasi tiada tandingan, kepelbagaian, dan keselesaan untuk penunggangan jarak jauh sama ada di jalan raya mahupun laluan lasak.

Dengan enjin, casis, reka bentuk badan, dan konsep storan yang direka semula sepenuhnya, generasi baharu GS Adventure ini menetapkan penanda aras baharu dalam pengembaraan jarak jauh.

Menggabungkan teknologi terkini dan kejuruteraan unggul BMW Motorrad, BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu menjanjikan pengalaman penunggangan yang luar biasa merentasi pelbagai landskap dan jarak perjalanan, sambil mengekalkan status ikoniknya sebagai teman setia kepada penunggang yang berjiwa pengembara.

Servis Kewangan – Lengkap, Sememangnya Bijak.
Dengan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu bermula daripada RM2,078 sebulan (berdasarkan anggaran Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus bagi tempoh tujuh tahun).
Harga jualan disyorkan (atas jalan, termasuk waranti tiga tahun BMW Motorrad Malaysia dan tiga tahun Program Bantuan Tepi Jalan, tanpa insurans) bagi BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu adalah:
BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu varian Racing Red RM 148,500.00 BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu varian Triple Black RM 153,500.00 BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu varian Style GS Trophy RM 153,500.00 BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu varian Option 719 Karakorum RM 164,500.00
Pelanggan boleh menghubungi pengedar sah BMW Motorrad pilihan mereka atau melayari laman web BMW Motorrad Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu.
