BMW Tawar BMW i5, i7 Pada Delegasi WCEC

LocalCars
12 Sep 2024 • 12:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

BMW Group Malaysia akan memeriahkan Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) pada tahun ini dengan menyediakan barisan kenderaan elektrik BMW i terbaharunya.

Konvensyen WCEC ke-17 adalah sebuah persidangan yang diadakan dua tahun sekali

Ia menhimpunkan usahawan serta pemimpin perniagaan Cina yang berpengaruh dari seluruh dunia, dan wakil-wakil pelbagai dewan perdagangan di Malaysia untuk berinteraksi bersama penggubal dasar.

Pengarah Komunikasi Korporat dan Kemampanan BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, WCEC adalah sebuah forum yang memupuk inovasi dan pemikiran progresif, kualiti yang selari dengan nilai BMW Group.

“Kenderaan elektrik BMW i – termasuk BMW i5 eDrive40 M Sport dan BMW i7 xDrive60 M Sport melambangkan prinsip-prinsip utama ini.

image is not available

“Dengan kerjasama rakan pengedar rasmi kami, Wheelcorp Premium, kami berbesar hati berpeluang menjadi penaja kenderaan rasmi acara ini dengan menyediakan pengalaman mobiliti yang lancar dan premium untuk para delegasi, menggunakan kemajuan terkini dalam Mobiliti Elektrifikasi,” katanya.

Lebih daripada 4,000 delegasi berkumpul di konvensyen itu dengan lebih 3,000 delegasi antarabangsa mewakili usahawan dari seluruh dunia.

Sepanjang konvensyen ini berlangsung dari 9- 11 September lalu, para delegasi disediakan dengan model kereta BMW i5 eDrive40 M Sport dan BMW i7 xDrive60 M Sport.

Barisan kenderaan elektrik yang serba canggih ini memainkan peranan penting dalam konvensyen tersebut, dengan meningkatkan pengalaman para delegasi sambil memberi mereka gambaran tentang masa hadapan mobiliti.