BMW Turut Membatalkan Sokongan Apple CarPlay Ultra

TechnologyDigitalCars
25 Jul 2025 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CarPlay Ultra diumumkan tahun ini sebagai evolusi seterusnya kepada sistem CarPlay yang disokong pada iPhone untuk sistem inforia kenderaan. Menurut laporan BMW Blog, BMW menjadi sebuah lagi syarikat automotif yang membatalkan sokongan CarPlay Ultra. Ia mengikuti langkah Mercedes-Benz, Audi, Volvo, Polestar, dan Renault yang turut tidak akan menyokongnya bulan lalu.

image is not available

Setakat ini hanya Aston Martin sahaja disahkan menyokong CarPlay Ultra tahun tetapi hanya pada kenderaan pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada. Semasa diumumkan pada tahun 2022, 13 syarikat mengumumkan mereka akan menyokong CarPlay Ultra yang mengubah antaramuka semua skrin dalam kenderaan.

Masih tidak diketahui sama ada Land Rover, Porsche, Nissan, Ford, Lincoln, Jaguar, Acura, Honda, dan Infinity akan meneruskan rancangan menyokong CarPlay Ultra.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved