BN Johor tekad gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

LocalPolitics
16 May 2026 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: BN Johor tekad gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN
Kenyataan Onn Hafiz berhubung keputusan BN Johor bertanding solo pada PRN nanti.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor bertekad tanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pandangan, suara serta harapan rakyat Johor selain kepimpinan akar umbi UMNO-BN Johor berhubung hala tuju parti menjelang PRN.

Menurutnya, keputusan berkenaan turut dipersetujui selepas perbincangan bersama pucuk pimpinan parti.

“Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Bagi UMNO dan BN Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.