BN mohon tangguh menghadap Agong: Hishammuddin

Politics
23 Nov 2022 • 7:25 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan hari ini.

“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok (hari ini),” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan...tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.

Al-Sultan Abdullah hari ini menitahkan 30 Ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi hari ini.- Bernama