BN Perak dijangka menghadap Sultan Perak hari ini

Politics
21 Nov 2022 • 10:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BN Perak dijangka menghadap Istana Kinta hari ini. - Foto Bernama

IPOH - BN Perak dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pada Isnin.

Sembah menghadap itu dipercayai berkaitan urusan pembentukan kerajaan negeri yang baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BN yang memenangi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disebut sebagai 'king maker' dalam pembentukan kerajaan di negeri ini selepas tiada mana-mana gabungan parti memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Keputusan PRU15 yang diumum pada Sabtu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 26 kerusi daripada keseluruhan 59 DUN sementara Pakatan Harapan (PH) mendapat 24 kerusi.

Baik PN mahupun PH, masing-masing memerlukan sokongan gabungan parti lain termasuk bersama BN untuk membentuk kerajaan.

Dalam laporan sebelum ini, Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria secara terbuka menyatakan parti itu bersedia berbincang dengan BN bagi mendapatkan majoriti mudah iaitu 35 kerusi membentuk kerajaan negeri.

Pada Ahad, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak telah mempersembahkan kepada Sultan Nazrin keputusan rasmi PRU15 bagi kerusi Parlimen dan DUN Perak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved