BN-PN baru ‘talking stage’, dah kecoh – Amirudin

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 4:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BN-PN baru ‘talking stage’, dah kecoh – Amirudin

PETALING JAYA – Belum pun sebarang kerjasama dimuktamadkan, hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sudah mula menjadi perhatian susulan siri kenyataan terbuka pemimpin kedua-dua gabungan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di laman Threads menyindir situasi itu selepas timbul kenyataan balas membalas berhubung peranan pemimpin BN-PN dalam berkempen.

“Pernah nampak perkara ini berlaku waktu BN PH berbagi kerusi untuk elak pertembungan? Baru ‘talking stage’ dah kecoh. Belum kahwin lagi ni,” katanya.

Hantaran itu merujuk kepada kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak perlu datang berkempen di Negeri Sembilan jika berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum pandangan tersebut namun menegaskan Sanusi bebas untuk berkempen di negeri itu sekiranya diperlukan. – KOSMO! ONLINE

The post BN-PN baru ‘talking stage’, dah kecoh – Amirudin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved