BN sokong CSA, cadang diperluas kepada parti lain : Zahid

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 12:05 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: BN sokong CSA, cadang diperluas kepada parti lain : Zahid

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menyokong pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Sokongan (CSA) dan mencadangkan ia diperluaskan kepada parti lain, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi BN berkata, kerjasama menerusi CSA itu merupakan satu perkembangan positif dan wajar diperkukuhkan tanpa mengira sama ada ia melibatkan kerajaan atau pembangkang.

“Sebaik mungkin, CSA ini boleh dilanjutkan kepada parti-parti lain, tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau sebaliknya.

“Mungkin ini menjadi hak mereka untuk menyantuni dan menangani permasalahan rakyat,” katanya lapor Astro Awani.

Beliau ditemui pemberitahu selepas proses Penamaan Calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim, di Melaka, hari ini.

Pada Khamis, enam Ahli Parlimen Bersatu memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani melibatkan komitmen menyokong kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027).

Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin serta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dua Ahli Parlimen parti tersebut Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) dan Datuk Ali Biju (Saratok).

Turut menandatangani perjanjian itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) dan beberapa Ahli Parlimen lain antaranya Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Zahari Kechik (Jeli).)

Mengulas lanjut, Zahid memberitahu, pendekatan seumpama itu bukan perkara baharu dalam landskap politik negara, malah pernah dilaksanakan ketika wakil Umno menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Beliau juga menyifatkan langkah berkenaan sebagai satu perkembangan baik dalam usaha membolehkan parti politik bekerjasama menangani isu dan permasalahan rakyat. - 31 Oktober, 2026

The post BN sokong CSA, cadang diperluas kepada parti lain : Zahid appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved