BN tekad pertahan kerusi

LocalPolitics
11 Jan 2026 • 8:54 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BARISAN Nasional (BN) tekad mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, kedua-duanya dimenangi sebelum ini melalui Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi BN Sabah merangkap Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Jafry Arifin, berkata, BN juga bukan parti baharu yang ditubuhkan, sebaliknya sebuah parti aktif di akar umbi.

“Rakyat juga mengenali parti ini agak lama dan mengetahui usaha yang dibawakan.

“BN menampilkan dua anak muda sebagai calon BN pada PRK Kinabatangan dan kita yakin mereka boleh memperoleh kemenangan dengan pengalaman di akar umbi menerusi gerak kerja masing-masing sebelum ini,” tambahnya.

Jafry menafikan kebimbangan bahawa Mohd Ismail, yang baru dalam BN, tidak mampu bertanding, menegaskan Ismail juga mempunyai pengalaman luas dalam politik.

Begitu juga Naim, selaku Ketua Pemuda Umno Kinabatangan dan Bendahari BN, yang peka keadaan di Kinabatangan.

Tambahan pula, Jafry berkata, Allahyarham ayah Mohd Ismail juga veteran BN dan begitu juga pakciknya, sekali gus menjadikan Ismail tidak asing lagi dengan parti itu.

Sementara itu, Mohd Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka menerima nasihat dan cadangan daripada pucuk pimpinan dan orang lama susulan dia masih baru dalam keluarga BN.

Berkenaan pandangan orang ramai yang melihatnya bertukar arah parti selepas pilihan raya lepas, beliau berkata dia terbuka menerima pandangan ramai.