BN tidak akan balas dendam jika berkuasa semula

Politics
12 Sep 2022 • 4:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Tiada istilah balas dendam bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu berjaya berkuasa semula, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Presiden Umno itu berkata Umno/BN akan kembali berkuasa secara dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 serta berjanji tidak akan membalas dendam kepada sesiapa pun, lapor Umno Online.

“Bila beliau ada gula, semut datang walaupun tidak dipanggil. Kini beliau tidak ada gula, semut-semut merah bertempiaran lari. Saya juga tidak ada gula. Rupa-rupanya semut takut kerana gula-gula yang ada hari ini adalah gula-gula yang beracun. Tunggulah apabila Umno/BN ada gula semula.

Kita tidak mahu membalas dendam, kita mahu memberikan kualiti, kesaksamaan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-14 Parti Makkal Sakti Malaysia, semalam.

“Saya berjanji disaksikan oleh Allah SWT dan para malaikat kerana cukuplah. Negara kita, negara bertamadun. Membalas dendam tidak akan berakhir, membalas dendam tidak akan menguntungkan sesiapa.

“Yakinlah, biar rakyat yang menghukum mereka yang membalas dendam itu kerana dengan mandat rakyat, sekiranya pada PRU ke-15 pemimpin-pemimpin itu ditolak, itulah vindictive sebenarnya daripada rakyat kepada mereka,” katanya lagi.