Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah bakal menyaksikan perubahan haluan besar apabila Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah memutuskan untuk tidak lagi bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Sebaliknya, kerjasama politik hanya akan diteruskan bersama Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas meneliti hasil beberapa siri perbincangan dengan pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.
Baca juga:
Rundingan di Putrajaya
Zahid mendedahkan beliau telah menyertai mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya baru-baru ini. Pertemuan itu turut dihadiri Datuk Seri Hajiji Noor bersama pemimpin GRS dan PH.

Fokus utama mesyuarat, katanya, adalah mencari formula mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh merugikan gabungan dalam kerajaan.
Sebagai langkah susulan, jawatankuasa teknikal melibatkan wakil GRS, BN dan PH akan diwujudkan untuk berbincang lanjut di Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.
UMNO Sabah putuskan haluan

Namun, meskipun wujud ruang rundingan teknikal, UMNO Sabah tetap mengambil pendirian jelas tidak akan bersama GRS. Zahid menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO Sabah di Kota Kinabalu malam tadi.
“Keputusan ini telah saya sampaikan kepada pimpinan negeri. BN Sabah dan UMNO Sabah hanya akan bekerjasama dengan PH. Ia adalah muktamad,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post BN & UMNO Sabah pilih bersama PH, tolak GRS di PRN17 appeared first on The Reporter.
