BN umum 108 calon tanding PRN enam negeri

Politics
21 Jul 2023 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mengumumkan 108 calon yang akan bertanding pada pilihan raya di enam negeri bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut merangkumi 62 peratus muka baharu, 18 peratus penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pernah bertanding (20 peratus).

"Daripada 245 kerusi DUN yang dipertandingkan di enam negeri (PRN), BN meletakkan 108 calon yang terdiri daripada muka baharu, pernah bertanding, yang kalah dan tawarkan diri semula.

"Calon-calon ini ada kesinambungan muka baharu dan lama, tidak dilupakan ramai calon dari (sayap) Wanita, Pemuda dan Puteri," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.


Senarai calon BN PRN Kedah

N01 Air Hangit - Hisham Suhaily Othman

N04 Air Hitam - Hayazi Azizan

N05 Bukit Kayu Hitam - Zainol Abidin Mohamad

N08 Pedu - Datuk Seri Mahdzir Khalid

N15 Bukit Lada - Datuk Said Ali Syed Rastan

N19 Sungai Tiang - Mohamad Fadzil Zolkipli

N21 Guar Chempedak - Abdul Paris Abdul Hamid

N24 Jeneri - Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim

N26 Tanjung Dawai - Belum diumumkan

N27 Pantai Merdeka - Wan Mohalina Wan Mohamad

N30 Bayu - Datuk Ishak Mat

N32 Kuala Ketil - Suriati Che Mid

N33 Merbau Pulas - Datuk Asmadi Abu Talib

N36 Bandar Baharu - Nuraini Yusoff

Senarai calon BN PRN Terengganu

N01 Kuala Besut - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

N02 Kota Putera - Datuk Mohammad Pehimi Yusof

N03 Jertih - Mohd Rozaini Rasli

N04 Hulu Besut - Datuk Nawi Mohamad

N05 Jabi - Rosli Zakaria

N06 Permaisuri - Hamdan Hamzah

N07 Langkap - Datuk Sabri Mohd Noor

N08 Batu Rakit - Bazlan Abdul Rahman

N09 Tepuh - Muhammad Hanafi Hasan

N10 Buluh Gading - Omar Adam

N11 Seberang Takir - Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

N12 Bukit Tunggal - Wan Noorislam Wan Hashim

N14 Bandar - Armi Irzan Mohd

N15 Ladang - Datuk Mohd Sabri Alwi

N17 Alor Limbat - Yuseri Isa

N18 Bukit Payong - Mohd Khim @ Mohd Khan Abd Rahman

N20 Pengkalan Berangan - Datuk Nik Dir Nik Wan Ku

N21 Telemong - Datuk Rozi Mamat

N23 Kuala Berang - Jalaludin Ismail

N24 Ajil - Datuk Seri Jailani Johari

N25 Bukit Besi - Datuk Dr Din Adam

N26 Rantau Abang - Mohd Asri Mohamad

N28 Paka - Ahmad Abdullah Abd Wahab

N29 Kemasek - Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof

N30 Kijal - Datuk Seri Ahmad Said

N31 Chukai - Datuk Seri Muhamed Rahim Hussein

N32 Air Putih - Dr Mohd Zaki Salleh