BN Umum Pelantikan Semula Zambry Sebagai Setiausaha Agung, Johari Sebagai Bendahari Agung

LocalPolitics
25 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Barisan Nasional (BN) mengesahkan pelantikan semula dua jawatan penting parti iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung.

Pelantikan semula Zambry dan Johari

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 BN yang turut menegaskan komitmen memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif serta memperteguh tekad untuk terus bersatu di bawah panji BN.

image is not available

Foto: Bernama

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook milik Zambry, beliau memaklumkan bahawa pelantikan tersebut dibuat berasaskan Fasal 8.3(D) dan Fasal 8.3(E) Perlembagaan BN, sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Mesyuarat Agung Tahunan 2025 dengan penuh iltizam memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan memperteguh tekad untuk kekal bersatu di bawah payung Barisan Nasional,” katanya pada Selasa.

image is not available

Foto: Carian Google

Dalam pada itu, BN turut mengesahkan kesiapsiagaan sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Kestabilan politik Sabah adalah kunci memperkukuh keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri di Bawah Bayu,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook @Zambry Abd. Kadir