BN Yakin 6 Ahli Parlimen Bersatu Sokong Anwar – “Saya Tak Nampak Mereka Kata Tidak”

Politics
5 Mar 2024 • 12:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Walaupun terpaksa berhadapan dengan tindakan pengosongan kerusi berikutan pindaan perlembagaan, Barisan Nasional (BN) yakin bahawa enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus sokong kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu beliau tidak merasakan enam ahli Parlimen Bersatu itu tidak menyokong Perdana Menteri.

BN yakin ahli parlimen Bersatu sokong Anwar

image is not available

Pun begitu, jika berlaku disebaliknya, ia menunjukkan enam ahli Parlimen Bersatu itu tidak mempunyai prinsip dalam kehidupan.

“Saya tak nampak mereka kata tidak… kalau mereka kata tidak bererti mereka ini tiada prinsip.

“Bila nak sokong Perdana Menteri sokonglah… jadi, nanti mereka akan diberikan surat tunjuk sebab bahawa mereka tergugur keahlian, lepas itu tentulah pihak Bersatu menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menyatakan bahawa enam ahli Parlimen itu telah tergugur keahlian dan kerusi mereka kosong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil, parti itu akan meletakkan calon di enam kawasan Parlimen yang ketika ini disandang Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri.

image is not available

Ujarnya lagi, tindakan itu susulan kawasan Parlimen Kuala Kangsar, Gua Musang, Labuan, Jeli, Bukit Gantang dan Tanjung Karang itu adalah kerusi tradisi parti diketuainya.

Bagaimanapun, pihaknya akan melihat kepada keputusan mahkamah terlebih dahulu berhubung pindaan perlembagaan Bersatu berkaitan pengosongan enam kerusi parlimen berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)