Xiaomi Mi Watch Kini Rasmi – Jam Tangan Pintar Wear OS Dengan Pelancar MIUI

TechnologyDigital
5 Nov 2019 • 6:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan pintar Xiaomi Mi Watch akhirnya dilancarkan secara rasmi sebentar tadi. Ini ialah jam tangan pintar pertama Xiaomi dengan sistem operasi Wear OS tetapi dengan pelancar MIUI. Sekilas pandang ia mirip Apple Watch kerana turu hadir dengan sebuah tombol kawalan berputar pada bahagian sisi.

image is not available
Spesifikasi Mi Watch ialah skrin 1.78″ AMOLED berbentuk empat segi, tubuh sebesar 44mm, dijan cip Snapdragon Wear 3100, memori sebesar 1 GB RAM dan storan sebesar 8GB. Bateri sebesar 570 mAh yang digunakan mampu memberikan hayat penggunaan sehingga 36 jam dengan rangkaian 4G diaktifkan sepanjang masa.

image is not available Ia mampu melakukan panggilan telefon kerana mempunyai sokongan eSIM. Selain itu ia turut menyokong bluetooth dan NFC. Terdapat pengimbas nadi pada bahagian bawah yang turut diperbuat daripada bahan seramik. Dengan pelancarannya hari ini, Mi Watch ialah jam tangan Wear OS pertama yang hadir dengan antaramuka MIUI.

Xiaomi Mi Watch akan dijual bermula 11 November pada harga RMB1,299 (RM767). manakala versi Premium pula pada harga RMB1999 (~RM1181). Model ini mempunyai kaca nilam dan tubuh dari besi tahan karat