BNM Bakal Kecualikan Yuran Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro Dan Kecil Untuk DuitNow QR

30 Sep 2023 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan DuitNow QR, sekaligus mengesahkan yuran transaksi akan diimplementasikan untuk DuitNow QR bermula 1 Oktober 2023.

Malah, BNM turut menjelaskan yuran transaksi ini adalah bertujuan untuk menampung kos menyenggara sistem pembayaran, sokongan keselamatan siber dan beberapa perkara berkaitan lain.

Seperti yang sedia maklum, beberapa perkhidmatan pembayaran digital sedia mengenakan caj transaksi kepada penjual termasuk untuk pembayaran kad debit dan kredit.

Tambahan, BNM turut menekankan pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan apabila menggunakan DuitNow QR.

image is not available

Namun, untuk perniagaan yuran transaksi DuitNow QR akan kekal rendah sama seperti untuk yuran pembayaran kad debit atau lebih rendah daripadanya.

Dalam pada itu, BNM turut mengatakan bank-bank utama dan juga penyedia perkhidmatan kewangan yang menguruskan 75% perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR telah menyatakan akan mengecualikan yuran transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil.

Mengikut definisi KPDN, perusahaan mikro adalah dengan jualan tahunan di bawah RM300,000 atau kurang 5 pekerja, sementara perusahaan kecil adalah dengan jualan bawah RM15 juta atau kurang 75 orang pekerja.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.