BNM, BOJ perbaharui perjanjian pertukaran dua hala

Business & Finance
19 Sep 2023 • 3:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BNM, BOJ perbaharui perjanjian pertukaran dua hala

azan

19/09/2023 - 15:28

KUALA LUMPUR 19 Sept - Jepun dan Malaysia memperbaharui Perjanjian Pertukaran Dua Hala1 atau Bilateral Swap Arrangement (BSA) berkuat kuasa 18 September 2023.

"Bank Jepun (BOJ), bertindak sebagai ejen untuk Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperbaharui BSA sehingga AS$3 bilion (RM14 bilion)," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Perjanjian Pindaan dan Penyata Semula yang ditandatangani itu mengikuti BSA yang ditandatangani pada 2020.

Kenayataan itu berkata, BSA yang diperbaharui menggabungkan pindaan baru-baru ini kepada Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM).

"Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA akan meningkatkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara dan meningkatkan kestabilan kewangan serantau," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved