BNM kenakan penalti RM40,400 terhadap Wawasan Ilham, SMJ Teratai dan Ruhanmas Forex gagal patuhi peraturan kewangan

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 4:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BNM kenakan penalti RM40,400 terhadap Wawasan Ilham, SMJ Teratai dan Ruhanmas Forex gagal patuhi peraturan kewangan Image from: BNM kenakan penalti RM40,400 terhadap Wawasan Ilham, SMJ Teratai dan Ruhanmas Forex gagal patuhi peraturan kewangan hamden30/09/2026 - 16:28

KUALA LUMPUR 30 Sept - Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti kewangan pentadbiran (AMP) berjumlah RM40,400 terhadap tiga syarikat kerana gagal mematuhi keperluan usaha wajar pelanggan (CDD) dan sekatan kewangan bersasar.

 

BNM mengenakan penalti RM22,000 terhadap Wawasan Ilham (M) Sdn Bhd (WISB) dan RM6,900 terhadap SMJ Teratai Sdn Bhd kerana gagal mematuhi keperluan CDD.

 

Menurut BNM, pelanggaran oleh WISB dikesan susulan pemeriksaan penyeliaan di premis terhadap syarikat itu.

 

"Dalam pemeriksaan tersebut, didapati WISB gagal menjalankan CDD terhadap seorang pelanggan bagi urus niaga pengurup wang disebabkan pengawasan yang tidak mencukupi dan budaya pematuhan yang lemah," katanya dalam satu kenyataan.

 

Bagi SMJ Teratai, BNM berkata pemeriksaan penyeliaan mendapati syarikat itu gagal menjalankan CDD terhadap seorang pelanggan bagi urus niaga pengurup wang.

 

Pelanggaran itu disebabkan kurangnya langkah berjaga-jaga yang munasabah oleh kakitangan syarikat dalam melaksanakan keperluan CDD, katanya.

 

Sementara itu, BNM turut mengenakan AMP RM11,500 terhadap Ruhanmas Forex Sdn Bhd kerana gagal mematuhi keperluan sekatan kewangan bersasar.

 

BNM berkata, pemeriksaan penyeliaan di premis mendapati Ruhanmas gagal mengekalkan mekanisme saringan sekatan dan menjalankan saringan sekatan terhadap pelanggannya.

 

"Pelanggaran tersebut berpunca daripada kurangnya pemahaman Ruhanmas terhadap keperluan kawal selia yang berkaitan," katanya.

 

BNM berkata, kesemua syarikat terbabit telah membayar penalti yang dikenakan. - BERNAMA 

Terkini standard
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved