BNM: OPR semasa sesuai dengan keadaan ekonomi kukuh

Business & Finance
6 Jul 2023 • 5:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dikekalkan pada 3.00 peratus adalah sesuai dengan keadaan ekonomi yang kukuh, dengan pembiayaan kekal tersedia berikutan pertumbuhan kredit yang berterusan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam ringkasan pernyataan dasar monetari Julai 2023 yang dikeluarkan hari ini, bank pusat berkata ekonomi Malaysia terus berkembang berikutan tahap pendapatan dan pekerjaan terus menggalakkan serta terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

Menurutnya pada masa sama bilangan pelancong semakin banyak, lantas menyokong perniagaan tempatan, manakala projek berskala besar terus berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, BNM menjelaskan eksport akan menjadi lebih rendah disebabkan oleh pertumbuhan global yang lebih perlahan.

Menurut bank pusat, inflasi menjadi sederhana, namun kekal tinggi disebabkan faktor permintaan dan kos.

Pada masa depan, bank pusat berkata ekonomi Malaysia akan terus berkembang, manakala inflasi akan menurun secara beransur-ansur sepanjang tahun ini.

“BNM terus memantau perkembangan inflasi dan pertumbuhan serta memastikan OPR terus menyokong pertumbuhan dan pada masa yang sama terus mengawal inflasi,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved