BNPL Di Malaysia : Majoriti Berpendapatan Bawah RM3000, Berbelanja Purata RM545.20 Secara BNPL

TechnologyDigital
29 Mar 2023 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bank Negara Malaysia kini berkongsi sejumlah perkembangan berkenaan arena kewangan di Malaysia, termasuk berkaitan dengan arena BNPL atau nama lain untuk pembelian secara ansuran yang disediakan oleh sejumlah penyedia platform teknologi hari ini.

image is not available

Melalui perkongsian BNM, 2 dari 5 orang pengguna perkhidmatan BNPL adalah belia. Dikongsikan lagi, 4 dari 5 orang yang menggunakan BNPL adalah berpendapatan dibawah RM3000 sebulan. Secara purata, jumlah yang dibelanjakan pemegang akaun BNPL adalah sebanyak RM545.20, berdasarkan data pada suku ke-4 2022 lepas.

Pihak BNM sendiri sebelum ini telah menyatakan sedang melihat untuk menggubal akta kredit pengguna, dalam menangani dan menyertakan BNPL dibawahnya.