boAt, syarikat audio yang berasal dari India mengumumkan kemasukannya ke pasaran Malaysia pada hari ini 30 Mac 2026 sebagai sebahagian daripada pengembangan antarabangsanya di Asia Tenggara. Pengembangan ini dilakukan melalui kerjasama dengan Opptra untuk membantu jenama pengguna mencapai pertumbuhan global dalam landskap digital.
Kenaikan permintaan untuk peranti audio peribadi yang berorientasikan nilai dan berkualiti tinggi, didorong oleh trend penggunaan mudah alih, penstriman kandungan, dan gaya hidup hibrid, memposisikan boAt untuk menembusi pasaran Malaysia yang sedang pesat berkembang.

boAt akan memperkenalkan portfolio produk popularnya, termasuk fon telinga TWS (True Wireless Stereo), fon kepala, dan powerbank, termasuk siri premium Nirvana. Tiga produk utama yang dilancarkan di Malaysia ialah fon telinga Nirvana IVY Pro dengan audio spatial Dolby Atmos dan pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 52dB.
Seterusnya Nirvana Ion Wireless pula direka untuk penggunaan sepanjang hari dengan hayat bateri sehingga 120 jam. Akhir sekali ialah powerbank EnergyShroom PB400 20,000 mAh dengan sokongan tiga port pengecasan.
Produk-produk ini kini boleh didapati di platform e-dagang utama seperti Shopee, dan akan tersedia tidak lama lagi di Lazada serta TikTok Shop.
