“Boba Lebih Sihat, Organik” – Individu Cipta Resepi Teh Susu Ikan Keli, Netizen ‘Kembang Tekak’

Cooking
15 Jul 2024 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, banyak kali kita dapat lihat individu membuat resepi pelik yang membuat orang ramai ‘kembang tekak’.

Teringin teh susu ikan keli

Terbaru, melalui platform X, tular seorang pengguna memuat naik video resepi minuman teh susu yang dicampurkan dengan isi ikan keli.

Dalam video yang dimuat naik, individu yang melakukan resepi tersebut berkata dirinya teringin untuk mencuba teh susu dicampurkan bersama ikan keli.

Diakhir video tersebut, kelihatan seorang lelaki mencuba minuman tersebut dan menyatakan ianya sangat enak.

Lebih sihat, bahan organik

Kata pencipta minuman itu, teh susu tersebut lebih sihat kerana ‘boba’ yang digunakan adalah isi ikan keli yang lebih organik.

Susulan video terbabit telah tular di platform media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan kembang tekak.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang memberi cadangan menggunakan ikan yang lain kerana teh susu tersebut akan lebih berlemak.

image is not available 1 day ago

"Kentang Spring RM10, Buko RM18" - Tak Guna Bahan Premium, Viral Harga Makanan Food Fest 'Cekik Darah'