“Bod*h Punya Pemikiran” – Individu Di Twitter Dihentam Gara-Gara Nak ‘Crowdfund’ Untuk Amelia

10 Apr 2023 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
amelia kena saman

Baru-baru ini, Mahkamah Sesyen Sivil memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar RM213,000 kepada A Aida Production Sdn Bhd kerana telah melanggar kontrak syarikat itu.

Selain denda, pelakon itu juga diminta membuat permohonan maaf dan memadam video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap produksi A. Aida.

Di Twitter, seorang individu sudi menghulurkan bantuan sekiranya ada tabung khas dibuka untuk membantu Amelia membayar saman. Individu ini menyifatkan pendirian yang ada pada pelakon itu adalah moral tinggi yang mahal harganya.

Nak bantu crowdfund untuk Amelia

image is not available

Namun, hasrat baik individu ini dihentam pengguna media sosial yang lain. Netizen berpendapat, artis tak perlu dibantu memandangkan mereka mempunyai kerjaya dan punca pendapatan sendiri.

Netizen hentam, baik bantu orang susah

Menurut netizen lagi, lebih baik menderma kepada orang susah yang lebih memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal atau saudara di Palestin.

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga yang mengaitkan Amelia dengan isu work-life balance ketika menemubual Janna Nick dalam program Studio Sembang.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.