‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching

28 Sep 2022 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa baru berusia 10 tahun

‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching. Mahkamah Majistret di sini membenarkan polis menahan dan mereman seorang lelaki selama 5 hari kerana didakwa membodek anak perempuannya berusia 10 tahun sebagai hamba seks. Suspek telah ditahan polis semalam sekitar jam 2 petang.

image is not available
‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching. Kredit foto: Dayak Daily

Majistret Zubaidah Shakawi hari ini membenarkan polis menahan reman suspek selama lima hari sehingga 3 Oktober untuk membantu polis menyiasat lanjut kes itu.

Kejadian itu terbongkar selepas gadis itu memberitahu guru sekolahnya yang kemudiannya membuat laporan polis. Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut.

Pernah menjadi mangsa ‘cagaran’ wang oleh bapanya

Menurut sumber, mangsa dikatakan telah beberapa kali dihantar kepada seorang lelaki oleh bapanya sebagai ‘aset’ pertukaran wang.

image is not available
Gambar hiasan

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana orang yang mempunyai anak dalam jagaannya diabaikan atau ditinggalkan, atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosinya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya.

Baca lagi artikel terkini: