BoE Ingin Kunci Kadar 3.75%! Adakah Pengurangan Kadar Faedah Terpaksa Ditangguh Ke 2027?

Business & Finance
8 Sep 2026 • 9:25 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

BoE Ingin Kunci Kadar 3.75%! Adakah Pengurangan Kadar Faedah Terpaksa Ditangguh Ke 2027?

Bank of England (BoE) dijangka mengekalkan kadar faedah penanda arasnya pada paras 3.75% pada mesyuarat dasar 17 September ini dan berterusan sehingga sekurang-kurangnya pertengahan tahun 2027. Berdasarkan tinjauan terbaharu Reuters melibatkan 65 ahli ekonomi, majoriti pembuat dasar dilihat enggan menaikkan kos pinjaman memandangkan tekanan inflasi domestik belum memaparkan tanda-tanda bahaya yang ketara.

Walaupun lonjakan harga minyak mentah Brent yang menghampiri paras $100 setong akibat perang di Iran berisiko menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga lewat tahun hadapan. Kesan kenaikan tenaga tersebut didapati belum merebak ke dalam ekonomi. Pertumbuhan ekonomi Britain kekal stabil pada kadar sederhana, sekali gus memberi keyakinan kepada bank pusat bahawa tiada isyarat kecemasan yang memerlukan tindak balas monetari tergesa-gesa.

Pengetatan keadaan kewangan global yang dipacu oleh lonjakan mendadak hasil pasaran bon turut membantu tugas BoE. Kenaikan hasil bon secara tidak langsung telah menolak kadar pinjaman gadai janji lebih tinggi, sekali gus menyediakan kesan sekatan ekonomi semula jadi yang memberi ruang kepada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk terus memerhati perkembangan data makroekonomi.

Konsensus tinjauan menunjukkan 57 daripada 65 ahli ekonomi (hampir 90%) meramalkan kadar 3.75% akan bertahan sehingga hujung tahun 2026, berbeza dengan jangkaan pasaran kewangan yang meletakkan kebarangkalian bagi tiga kali kenaikan faedah menjelang 2027. Jawatankuasa MPC dijangka mengekalkan perpecahan undi 6-3 pada mesyuarat bulan ini, di mana kelompok yang ingin mengekalkan kadar kekal pendirian dimana selagi ketiadaan bukti kesan pusingan kedua.

Bagi trajektori jangka panjang, penganalisis meramalkan langkah seterusnya oleh BoE adalah pemotongan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku ketiga 2027. Firma pelaburan seperti Goldman Sachs mengunjurkan bahawa walaupun inflasi UK mungkin memuncak pada paras 3.3% pada November, penurunan harga yang lebih pantas selepas itu akan membuktikan jangkaan kenaikan kadar oleh pasaran adalah keterlaluan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved