Boeing Dianugerahkan Kontrak Membangunkan F/A-XX Tentera Laut Amerika

WorldTechnology
30 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Boeing telah dianugerahkan kontrak untuk membangunkan pesawat tempur generasi terkini F/A-XX untuk Tentera Laut Amerika Syarikat (USN). Program F/A-XX dimulakan bagi menggantikan pesawat Boeing FA-18 E/F Super Hornet yang sudah digunakan sejak 2001 berasaskan FA-18 Hornet yang dilancarkan pada tahun 1974.

Image from: Boeing Dianugerahkan Kontrak Membangunkan F/A-XX Tentera Laut Amerika
Gambar konsep Boeing F/A-XX

Dengan pemilihan ini, Boeing bertanggungjawab membina pesawat tempur generasi baharu untuk USN dan pesawat tempur F-47 untuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Pengumuman pemenang kontrak sudah tertangguh sejak 2025 dengan wujud ura-ura program dibatalkan disebabkan kekangan kewangan. Boeing berjaya mengalahkan Northrop Grumman dan Lockheed Martin yang turut telah memperlihatkan rekaan konsep mereka kepada USN.

Image from: Boeing Dianugerahkan Kontrak Membangunkan F/A-XX Tentera Laut Amerika
Gambar konsep Boeing F/A-XX

Keperluan USN adalah berbeza dengan USAF kerana F/A-XX perlu mempunyai kemampuan mendarat di geladak kapal pengangkut pesawat. Ini memerlukan gear pendaratan yang lebih kukuh serta sokongan sistem cangkuk untuk operasi CATOBAR.

USAF dan USN tidak lagi bekerjasama menggunakan pesawat yang sama seperti program Joint Strike Fighter (JSF) yang menghasilkan Lockheed Martin F-35 Lightning II kerana pelbagai isu yang timbul selepas ia mula beroperasi pada tahun 2015.

Namun begitu keperluan F/A-XX sama sahaja dengan F-47 dimana ia perlu mempunyai kemampuan sukar dikesan radar, terbang lebih jauh, dan mampu beroperasi bersama dron swaterbang sebagai nod kawalan di medan perang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved