Boeing Memperlihatkan Konsep Pesawat Kargo Sukar Dikesan Radar

TechnologyDigital
27 Jan 2023 • 4:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pesawat tempur F-22 dan pesawat pengebom B-21 Raider kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sukar dikesan radar. Rekaan sayap, dan lubang udara untuk enjin adalah lebih tersorok bagi mengurangkan keratan rentas gelombang radar. F-22 mempunyai keratan rentas radar yang sama seperti seekor burung yang kecil. Tetapi teknologi sukar dikesan radar mungkin akan digunakan pula pada pesawat kargo masa hadapan.

image is not available

Menurut laporan The Warzone, Boeing telah memperlihatkan model konsep sebuah pesawat kargo yang sukar dikesan radar. Ini dicapai menerusi rekaan tubuh blended wing body (BWB) dimana tubuh pesawat itu sendiri berfungsi sebagai sayap kapal terbang. Sebelum ini Boeing sudah menguji model X-48 pada skala kecil dengan rekaan BWB untuk pesawat penumpang.

Perbezaan paling ketara di antara X-48 dan konsep ini ialah rekaan enjin kini di dalam tubuh seperti B-21 Raider serta tubuh yang lebih bersegi. Pada X-48 pod enjin diletakkan di luar tubuh di belakang pesawat mirip konfigurasi A-10 Thunderbolt II. Rekaan hidung berseginya pula mirip F-117.

image is not available

Walaupun konsep dihasilkan untuk sebuah pesawat kargo, The Warzone merasakan ia mungkin mempunyai fungsi sekunder sebagai platform untuk pesawat pengisi minyak sukar dikesan radar. Di medan perang masa hadapan, pesawat tempur perlu mengisi minyak dan tiada gunanya jika ia sukar dikesan radar tetapi pesawat pengisi minyak mudah dikesan musuh.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved