Boeing MQ‑28 Ghost Bat Dikemaskini Dengan Keupayaan Membawa Senjata Dalam Tubuh

Technology
12 Jun 2026 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dron Boeing MQ-28 Ghost Bat Block 3 diperlihatkan di acara ILA Berlin minggu ini. Ia dilengkapi sayap 25% lebih besar, kapasiti bahan api lebih tinggi dan keupayaan membawa senjata di dalam tubuh seperti pesawat tempur generasi kelima F-35.

Seperti model asal MQ‑28A Ghost Bat yang dibangunkan menerusi program Royal Wingman, Ghost Bat Block 3 boleh melakukan operasi secara swaterbang atau bekerjasama dengan pesawat tempur dengan juruterbang manusia. Dalam ujian yang dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Australia tahun lalu, sebuah Ghost Bat berjaya memusnahkan sasaran menggunakan peluru berpandu AIM‑20.

Image from: Boeing MQ‑28 Ghost Bat Dikemaskini Dengan Keupayaan Membawa Senjata Dalam Tubuh

Dengan tangki bahan api lebih besar, Ghost Bat Block 3 boleh membawa lebih 900 kilogram lagi senjata ketika melakukan misi. Dua peluru berpandu AIM 120 AMRAAM atau empat bom berdiameter kecil (SDB) boleh dibawa di dalam tubuh untuk menyukarkan ia dikesan radar. Sekiranya diperlukan, senjata masih boleh dibawa di luar menggunakan tiga stesen senjata.

Bahagian hidung dron juga modular bagi menyediakan pilihan konfigurasi muatan yang dipertingkatkan dan menyokong keupayaan yang dipertingkat di masa hadapan. Sistem komunikasi Melampaui Garis Penglihatan (BLOS) juga kini disokong.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved