Pekerja di sebuah restoran makanan segera dikecam gara-gara merakamkan senarai pesanan yang dibuat oleh pembeli di premis berkenaan.
Sambil ketawa, pekerja berkenaan seolah memperlekehkan usaha yang dibuat oleh masyarakat dalam memboikot produk mereka.
“Boikot-boikot tapi banyak order. Belum lagi semua ni, banyak lagi,” katanya.
Rakaman video tersebut menujukkan senarai pesanan menu (delivery) yang dibuat pelanggan yang tidak putus-putus membuat pesanan. Dari meja kaunter sehingga ke lantai, pekerja tersebut menunjukkan senarai yang dipesan.
STAFF MCD KETAWA KAN USAHA KITA!! PERANGAI SERUPA ZIONIST! KEKAL TERUS ISTIKHOMAH UTK BOIKOT!!! Semoga kita semua istikhomah utk boikot ni. Amin. #freepalestine #muslimtiktok #savepalestine #malaysia #indonesia #palestine
Susulan itu, netizen mengecam tindakan itu dan menganggap seolah tidak menghormati usaha yang dibuat oleh masyarakat Malaysia.
Terdahulu, restoran makanan segera itu diboikot bukan sahaja masyarakat di Malaysia, malahan beberapa negara turut sama memboikot restoran makanan segera itu yang didakwa membantu dan memberikan sokongan kepada Israel.
Usaha boikot tersebut dikatakan telah memberikan kesan yang ketara terhadap pekerja-pekerja mereka.
Sumber: nurbaby
The post ‘Boikot-boikot tapi banyak order (delivery)’ – Pekerja restoran makanan segera dikecam perlekahkan usaha boikot rakyat Malaysia appeared first on The Reporter.


