Bojan Hodak lepas jawatan pengendali KL City FC

26 Jul 2023 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bojan Hodak - Foto Bernama

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR (KL) City membuat kejutan apabila mengumumkan pengendali pasukan itu, Bojan Hodak melepaskan jawatannya dan akan menyertai kelab Indonesia, Persib Bandung.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mengakui amat berat untuk skuad warga kota itu melepaskan Bojan selepas dia sangat cemerlang mengemudi pasukan.

"Kita amat sedih untuk melepaskan Bojan, tetapi dalam masa sama dia ingin menambah pendedahan, pengalaman, ilmu dan pencapaian di liga berbeza.

"Sebagai seorang profesional, dia masih mencari ruang untuk menambah baik kemampuannya. Kami amat terhutang budi dan pencapaian KL City sudah pasti tidak akan tercapai tanpa Bojan," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Bojan dilantik mengemudi KL City pada 2021 dan berjaya membimbing pasukan mara ke tiga final.

Ini termasuklah membantu pasukan itu menjulang Piala Malaysia menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 pada tahun yang sama.

Selain itu, beliau turut membawa skuad warga kota berkenaan bergelar naib juara Piala AFC 2022 dan Piala FA baru-baru ini.

Menurut Khalid, jawatan yang ditinggalkan pengendali dari Croatia itu akan diambil alih bekas ketua jurulatih Penang FC, Nenad Bacina.

"Pihak KL City telah menentukan pengganti yang merupakan rakan Bojan dari Croatia serta telah bersama kita ke peringkat AFC. Sekarang ini dia berada di Arab Saudi untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved