Bola Sepak Eratkan Hubungan, Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

LocalFootball
19 Nov 2026 • 5:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bola Sepak Eratkan Hubungan, Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

Bila tinggal berjiran, sudah tentu hubungan baik menjadi sesuatu yang penting untuk dipelihara, lebih-lebih lagi apabila jiran itu sebenarnya mempunyai pertalian keluarga.

Walaupun dipisahkan oleh sempadan negara, hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan antara penduduk tidak semestinya terputus begitu sahaja.

Begitulah kehidupan masyarakat di sempadan Sarawak-Kalimantan yang tinggal di dua negara berbeza, namun masih mengekalkan hubungan erat antara satu sama lain.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Haimey Channel berkongsi suasana kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan yang tetap hidup harmoni meskipun dipisahkan oleh sempadan Malaysia-Indonesia.

Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

Image from: Bola Sepak Eratkan Hubungan, Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

Dalam video tersebut, Haimey menunjukkan batu sempadan yang menjadi tanda pemisah antara kedua-dua negara sebelum membawa penonton melihat suasana perlawanan bola sepak berhampiran kawasan berkenaan.

Beliau yang berada di lokasi itu turut menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan beberapa kampung dari Malaysia dan Indonesia yang terletak berhampiran sempadan.

"Di depan saya ini adalah patok pemisah antara Malaysia dan Indonesia.

"Di hadapan, padang bola sepak! Ini dia, liga di Kampung Padawan, Sapit. Banyak kampung dari Indonesia menyertai liga bola sepak di Padawan.

"Ia disertai oleh 24 buah kampung," katanya.

Haimey kemudian berseloroh bahawa dia agak sedih apabila tiga kampung dari Indonesia berjaya muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

Image from: Bola Sepak Eratkan Hubungan, Lelaki Kongsi Kehidupan Masyarakat Di Sempadan Malaysia-Indonesia

"Yang sedihnya, Indonesia telah juara tiga kali. Tiga kampung telah juara. Jadi Sarawak tengah mencari formula untuk mengalahkan pasukan bola sepak Indonesia," selorohnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mengecam kehidupan masyarakat di kawasan sempadan tanpa memahami sejarah serta latar belakang mereka.

"Kita boleh katakan semuanya adalah ahli keluarga, saudara-mara. Jadi jangan mengecam sesuatu yang kita tak faham dan kita tak mengerti tentang sejarah yang telah berlaku dalam pemisahan sempadan Malaysia dan Indonesia," ujarnya.

Meskipun tinggal di negara berbeza, hubungan kekeluargaan yang terjalin antara penduduk membuktikan bahawa sempadan tidak semestinya menjadi penghalang untuk mereka terus hidup berjiran dan saling mengenali.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved