BOLA SEPAK – Piala FA: Sabah FC tewas di Terengganu

30 Jun 2024 • 1:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sabah FC tewas 0-4 kepada Terengganu FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, malam Jumaat lepas.

Pasukan tuan rumah hanya memerlukan sembilan minit untuk mendahului apabila Badrul Afzan Razali menjaringkan gol pembukaan selepas mendapat umpanan Manuel Ott.

Telmo Ferreira berpeluang menyamakan kedudukan untuk Sabah FC tiga minit kemudian tetapi rembatannya hanya terkena palang.

Tekanan berterusan pasukan Terengganu seolah-olah menggoyahkan benteng Sang Badak dan dua kali dinafikan palang sebelum menemui jaringan menerusi Ismaheel Akinadein pada minit ke-39.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Pada minit ke-42, Marin Pilj menjaringkan gol ketiga Terengganu dan Akinade menjaringkan gol keduanya pada masa kecederaan untuk meletakkan tuan rumah mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan gagal menyempurnakan beberapa peluang yang dicipta pada separuh masa kedua dan kedudukan kekal 4-0 sehingga wisel penamat.

Datuk Ong Kim Swee berkata selepas perlawanan bahawa mereka lemah dari segi pertahanan dan itu membolehkan Terengganu mencatatkan kemenangan besar.

“Kami harus menerima kekalahan hari ini adalah disebabkan kelemahan dan kecuaian kami.

“Kami melepaskan empat gol mudah pada separuh masa pertama akibat daripada kesilapan kami sendiri. Kami tidak mengendalikan situasi dengan baik seperti yang sepatutnya.

“Terengganu FC mempunyai pemain serangan yang sangat bagus dan mereka dapat memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka untuk menjaringkan gol,” katanya.

Beliau mengakui bahawa ia pasti sukar untuk mereka mengatasi defisit empat gol pada perlawanan timbal balik nanti.

“Kami perlu realistik. Untuk melepaskan empat gol adalah satu angka yang besar tetapi tiada yang mustahil dan jika kami dapat menampilkan prestasi yang lebih baik di Likas dengan gol awal maka ini mungkin memotivasikan pemain tetapi ini tidak bermakna kami boleh mara dengan hanya dua tiga gol.

“Bagaimanapun, kami tidak harus berputus asa. Kami perlu menunjukkan bahawa kami boleh menghadapi cabaran dan cuba menjaringkan gol yang diperlukan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.